close
KELEBIHAN BISNES MENGGUNAKAN WEBSITE

KELEBIHAN BISNES MENGGUNAKAN WEBSITE

Februari 11, 2018116Views
Perniagaan secara atas talian menjadi fenomena ketika ini kerana mudah untuk dilaksanakan dan banyak kelebihan lain. Mahu tahu lebih lanjut? Jom!

 

MUDAH

Kemudahan kepada pengguna yang tidak perlu meninggalkan rumah atau pejabat di samping menjimatkan minyak dan masa perjalanan ke kedai menjadi antara tarikan utama perniagaan dalam website terus menjadi pilihan ramai, cuma tempah dan tunggu barang tersebut sampai di depan pintu.

 

KOS

Kos untuk memulakan sesebuah perniagaan konvensional biasanya lebih tinggi tetapi kos sewa kedai, ubah suai bangunan, upah pekerja dan lain-lain dapat dikurangkan melalui perniagaan menggunakan website. Penjimatan itu boleh digunakan untuk membeli stok, kos reka cipta website dan sebagainya. Perniagaan ini juga berisiko rendah berbanding dengan perniagaan biasa. Peniaga tidak perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli atau menyewa aset seperti bangunan, peralatan dan kelengkapan lain.

 

BEBAS MELAKUKAN PERNIAGAAN DI MANA-MANA

Peniaga juga dapat menikmati kebebasan tempat bekerja kerana hanya perlu mengawal segala urus niaga melalui komputer dari mana-mana tempat seperti di rumah, restoran atau dalam perjalanan ke sesuatu tempat mahupun ketika sedang melancong di dalam atau luar negara asalkan mempunyai akses internet .

 

TIADA HAD MASA

Perniagaan website turut memberi peluang kepada peniaga beroperasi selama 24 jam setiap hari. Teknologi yang canggih kini membolehkan pengguna internet membeli-belah dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pelanggan bagi perniagaan dalam talian juga tidak terhad kepada kawasan setempat malahan mampu mencapai pelanggan di seluruh dunia.

 

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI INI MEMPENGARUHI PERNIAGAAN BESAR LAIN

Perkembangan ini bukan sahaja telah mewujudkan industri penghantar barang (runner) malahan beberapa pasar raya utama telah mewujudkan kemudahan tempahan barang keperluan secara dalam website dengan penghantaran percuma dan jenama-jenama terkemuka di Malaysia juga turut telah mewujudkan sistem seperti ini. Zaman sekarang perlu mengikut trend teknologi sedia kerana perlu selari dengan permintaan pelanggan serta kehendak semasa.

APA YANG MENARIK DENGAN BISNES FOOD TRUCK?

Leave a Response

%d bloggers like this: