close
APA YANG MENARIK DENGAN BISNES FOOD TRUCK?

APA YANG MENARIK DENGAN BISNES FOOD TRUCK?

Februari 6, 2018149Views
Bagi sesiapa yang tak tahu, food truck ini adalah perniagaan bergerak dengan suasananya yang santai sesuai dengan masyarakat moden kini. Tapi kenapa makin ramai yang mengikuti cara perniagaan ini ye? Nak tahu sebabnya? Jom!

 

MUDAH DI BAWA KE MANA-MANA

 

Seperti yang anda tahu, food truck adalah sebuah truck bergerak untuk memudahkan anda mencari pelanggan. Kelebihan ini juga dapat memastikan barang-barang kelengkapan tidak mudah dicuri. Malah anda tidak perlu ke hulu-hilir membawa stok bahan mentah kerana mudah sudah tersimpan di dalam food truck melainkan stok tersebut itu perlu ditambah.

 

LOKASI

 

Walaupun food truck sejenis perniagaan bergerak,  mencari lokasi yang bersesuaian bukannya mudah kerana jika di satu kawasan itu ramai orang tidak semestinya lokasi itu strategik untuk berniaga. Kawasan seperti taman dan sekitar stadium adalah kawasan yang strategik untuk berniaga tetapi perlu memastikan juga cuaca yang elok atau di tempat itu penuh bila ada perlawanan memungkinkan anda mendapat pulangan pendapatan yang besar dalam satu hari. Jika tidak anda perlu mencari lokasi yang lain untuk berniaga.

 

LEBIH KREATIF DALAM PENGHIASAN

 

Ruang yang kecil memberi banyak idea untuk menghias dan semesti kosnya lagi rendah berbanding membuka kedai shop lot. Imej punk, girlish, retro, cyber, contemporary, elegent adalah antara beberapa design yang boleh dijadikan contoh untuk menghias ruang dalaman food truck anda.

 

EVENT

 

nak dibandingkan event makanan yang lain, food truck ini lebih unik kerana anda perlu membawa truck ke perkarangan untuk berniaga. Walaupun perlu melabur sedikit wang untuk membayar charge event, pasti tidak akan memberi kesan kepada pendapatan jika anda pandai “menarik” pelanggan.

 

PENDAPATAN

 

Pendapatannya adalah tidak menentu, ia berdasarkan kecekapan, kerajinan dan cara anda mendapatkan pelanggan. Tetapi pendapatan bagi peniaga food truck boleh mencecah sehingga lima angka!

 

sekian

TIPS UNTUK YAKINKAN PELANGGAN MEMBELI PRODUK ANDA

KELEBIHAN BISNES MENGGUNAKAN WEBSITE

Leave a Response

%d bloggers like this: