close
TIPS UNTUK YAKINKAN PELANGGAN MEMBELI PRODUK ANDA

TIPS UNTUK YAKINKAN PELANGGAN MEMBELI PRODUK ANDA

Februari 5, 2018131Views
Isu-isu seperti barang fake, produk rosak dan salah menggunakan bahan produk menjadikan ramai pelanggan trauma serta ragu-ragu untuk membeli barang. Ini tips menarik pelanggan anda membeli produk anda.

 

LEMBUT DALAM PERTUTURAN

 

Percakapan amat penting untuk menarik perhatian pelanggan. Pertuturan yang lembut perlu diterapkan agar pelanggan berasa senang untuk berhubung dengan anda.

 

 

SELALU KEEP IN TOUCH DENGAN PELANGGAN

 

Jika anda menghasilkan produk-produk baharu, jangan hanya sibuk untuk mengiklan barang anda. War-warkan kepada pelanggan anda supaya mereka merasa “priority” yang ditunjukkan oleh anda.

 

 

QUICK RESPOND

 

Jika pelanggan anda ingin bertanya soalan kepada anda, cepat-cepat respond soalan mereka. Jangan biarkan mereka tunggu lama kerana boleh menaikkan rasa bosan atau amarah dan persepsi mereka akan  berubah terhadap cara anda melayan mereka.

 

 

TENTUKAN PILIHAN

Perkara ini selalu berlaku, pelanggan susah untuk membuat keputusan dalam memilih produk apatah lagi kebanyakkan produk anda menjadi pilihan pelanggan. Jadi inilah masanya untuk anda “menarik” pelanggan anda dengan membuat pilihan untuk pelanggan anda. Tetapi anda perlu memberi explaination kenapa mereka perlu memakai produk dan sebagainya.

 

 

KETERANGAN YANG JELAS

 

Perkara ini penting supaya pelanggan  anda tidak meragui produk anda. Keterangan yang jelas dan berfakta dapat menarik perhatian pelanggan membeli barang anda tanpa diragui. Terang perkara yang berkaitan dengan bahan kandungan produk serta kebaikan produk anda boleh  mendapat kepercayaan dari pelanggan anda.

 

Sekian

BOSAN MENGHADAP KOMPUTER. INI 3 PEKERJAAN YANG BOLEH MENGHILANGKAN BOSAN ANDA

APA YANG MENARIK DENGAN BISNES FOOD TRUCK?

Leave a Response

%d bloggers like this: