close
BOSAN MENGHADAP KOMPUTER. INI 3 PEKERJAAN YANG BOLEH MENGHILANGKAN BOSAN ANDA

BOSAN MENGHADAP KOMPUTER. INI 3 PEKERJAAN YANG BOLEH MENGHILANGKAN BOSAN ANDA

Februari 2, 2018116Views
 “Bosannya kalau kerja macam ini setiap hari tak bebas”. “Mengantuklah buat kerja menghadap komputer ini”. Siapa sini ada masalah macam ini? Sesetengah pekerja tidak tahan kerja di office kerana bosan buat kerja yang sama dan tertekan kerana tidak terlalu bebas. Mungkin anda juga salah seorangnya. Jadi mari kita lihat senarai pekerjaan yang memerlukan anda bergerak ke mana-mana:-

 

#1 PENGHANTARAN MAKANAN

 

Pekerjaan ini amat mudah tetapi anda perlu mempunyai pengangkutan sendiri untuk menghantar makanan. Di kawasan bandar, ramai warga kota memilih perkhidmatan ini kerana mudah untuk mereka yang tidak perlu bersusah payah turun ke kedai makan. Caj perkhidmatan yang dikenakan memberi pulangan agak lumayan dan boleh mendapat dalam empat angka sebulan bagi yang bekerja full time. Kesesakan lalu lintas yang memang sinonim di kawasan bandar tidak akan jadi masalah bagi sesiapa yang mempunyai motor supaya mudah untuk ‘mencelah’ di tengah –tengah kesesakan lalu lintas.

 

#2 GRAB/UBER

 

Perkhidmatan ini adalah antara yang paling popular di Malaysia. Selain teksi, banyak pilihan yang boleh digunakan untuk bergerak ke mana-mana sahaja.

 

#3 SERVIS SMARTPHONE

 

Ini bukan servis biasa yang perlu dihantar ke kedai repair itu sendiri tetapi “kedai” itu yang akan datang ke rumah atau pejabat pelanggan. Servis ini masih ‘hijau’ di Malaysia kerana tidak ramai yang tahu perkhidmatan sedemikian. Jika anda mempunyai kemahiran dalam membaiki smartphone, mempunyai kelengkapan peralatan membaiki serta pengangkutan sendiri anda sudah perfect untuk menjalankan perniagaan ini. Jadi ambil kesempatan ini dengan perniagaan sebegini serta kembangkan untuk kemudahan bersama!

 

Sebenarnya banyak kelebihan yang dapat anda perolehi jika anda merebut peluang ini. Komunikasi anda akan lebih baik serta sifat ramah mesra terhadap pelanggan akan terserlah. Bagi anda yang mempunyai masalah komunikasi serta ingin berkomunikasi dengan baik, jangan lepaskan peluang ini!

BETUL KE PHOTOGRAPHER SAHAJA YANG DIKENALI SEBAGAI FREELANCE?

TIPS UNTUK YAKINKAN PELANGGAN MEMBELI PRODUK ANDA

Leave a Response

%d bloggers like this: