close
3 TOKOH USAHAWAN MALAYSIA YANG PERLU DICONTOHI

3 TOKOH USAHAWAN MALAYSIA YANG PERLU DICONTOHI

Januari 5, 20184287Views9Comments
Bukan mudah untuk membuka sebuah syarikat apatah lagi memikul tanggungjawab yang besar untuk menguruskan syarikat. Banyak cabaran yang perlu dihadapi, bak kata jika tak pernah merasa peritnya berniaga tidaklah akan merasa kejayaan yang besar. Berikut adalah 3 usahawan yang telah berjaya mengharungi rintangan demi membangunkan syarikat mereka.

 

RAMLY BIN MOKNI

ramly mokni

        Pasti ramai yang mengenali burger Ramly kan? Ramly bin Mokni adalah pengasas burger Ramly produk berasaskan makanan segera yang popular di Malaysia.  Burger Ramly diasaskan pada tahun 1979 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap daripada cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk di Singapura. Burger Ramly mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran.

Semasa beliau bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an. Kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal. Beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.

Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu. Dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Perniagaan makanan sejuk beku yang dicetuskan oleh Ramly telah membuka banyak mata peniaga beragama islam untuk menghasilkan jenama sendiri yang halal.

 

TONY FERNANDES

tony fernandes

Tan sri Tony Fernandes Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia menggunakan hanya RM1 untuk mengambil alih syarikat penerbangan milik DRB Hicom yang dulunya tanggungan hutang yang besar sehingga para pelabur tidak mahu membeli syarikat itu. Anak berbangsa Goa ini dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1964 dan mendapat pendidikan di Sekolah Alice Smith Kuala Lumpur. Pada tahun 1977 beliau belajar di Kolej Epsom di England. Selepas menamatkan pengajian  di London School of Economics beliau bekerja di Virgin Airlines sebagai juruaudit di London. Sewaktu kembali ke Malaysia pada umur 27, dia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Selanjutnya dari tahun 1992 sehingga 2001, dia menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music. Pada masa Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meninggalkan syarikatnya bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah.

Pada awal pengambil alihan syarikat tersebut yang hanya mempunyai dua buah pesawat milik kerajaan itu berlaku pelbagai konflik antaranya serangan 11 September 2001 , suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi “gila” kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Pada tahun 2014, hampir 50 juta orang menaiki penerbangan tambah murah yang berpangkalan di KLIA 2 ini. Airasia dianugerahkan syarikat penerbangan tambang murah paling terbaik di dunia untuk kali ke-9 berturut-turut.

 

DATUK WIRA DR. MAZNAH HAMID

dr maznah hamid

Pengerusi Eksekutif kumpulan merangkap pengasas syarikat Securiforce. Pada  tahun 1980, dengan modal sebanyak RM5,000  beliau telah membuka sebuah syarikat kawalan keselamatan. Di awal pembabitannya dalam dunia perniagaan beliau hanya mempunya lima orang pengawal. Beliau menggunakan duit simpanannya ketika beliau menjadi guru bahasa dan penterjemah kepada duta asing.

Setelah 30 tahun membangunkan syarikat ini, beliau berjaya mengatasi 400 buat syarikat lain seumpamanya. Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Dan yang paling menarik van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh usaha Securiforce sendiri. Hebatkan! Beliau mengorak langkah lagi dengan menambah perkhidmatan yang merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high – tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Tetapi di setiap kejayaan seseorang pasti ada kisah yang pedih disebaliknya. Datuk Dr Maznah Hamid menerima pelbagai dugaan apabila telah berhijrah ke Kuala Lumpur termasuklah pernah mendiami rumah setinggan yang tiada bekalan elektrik dan air. Malah ketika beliau mahu memulakan perniagaan permohonan bank ditolak. Beliau terpaksa menggadai kan rumahnya sendiri demi memberikan suntikan modal bagi securiforce.

Beliau juga merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah antara pakar motivasi yang telah banyak memberi ceramah dan motivasi kepada peniaga-peniaga, ahli korporat, ahli politik, penjawat awam dan siapa sahaja yang mahu memajukan diri. Sehingga kini, beliau masih terus aktif dalam memberi ceramah dan motivasi kepada masyarakat.

 

 

 

 

 

TIPS MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK

PENGASAS

10 FAKTA LUCY PENG PENGASAS SYARIKAT ALIBABA YANG RENDAH DIRI

Leave a Response

%d bloggers like this: