close
TIPS MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK

TIPS MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK

Januari 3, 2018122Views

Perkara yang paling susah dijaga adalah masa.

Masa penting untuk menentukan ketepatan anda dalam kerja. Mengejar masa adalah satu hal perkara yang biasa bagi setiap manusia. jadi tidak hairanlah jika terlihat orang lain terkejar-kejar ketika membuat satu hal, tetapi menjaga masa juga penting agar tidak terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri. Jadi mari kita lihat tips-tips menguruskan masa dengan baik.

#1 JANGAN TERTEKAN DENGAN WAKTU

 

Tips menguruskan masa

 

  • Anda mungkin sudah memikirkan terlebih dahulu berapa banyak masa yang anda akan habiskan sebelum memulakan kerja menyebabkan anda tertekan and takut pada waktu. Sebelum memulakan kerja buat perancangan awal seperti membuat satu nota apa yang perlu anda buat hari ini agar anda tahu apa yang perlu anda lakukan serta tidak buntu sebelum memulakan kerja.

 

#2 MENYIAPKAN KERJA DIAWAL WAKTU

 

Tips menguruskan masa

 

  • Walaupun tugasan yang diberikan kepada anda diberikan tempoh dalam seminggu, lebih baik disiapkan seawal yang boleh sebelum melakukan tugasan yang lain dan tiada tekanan yang anda akan rasai. Malah jika ada kesalahan dalam tugasan anda, anda boleh perbetulkan sebelum tempoh yang ditetapkan.

 

#3 BAHAGIKAN MASA BAGI SETIAP TUGASAN YANG DIBERIKAN

 

Tips menguruskan masa

 

  • Mungkin anda bukan jenis multitasker yang boleh melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa. Bahagikan masa dengan baik untuk setiap tugasan agar anda tidak pening dan keliru untuk melakukan tugasan yang mana satu dahulu.

 

#4 DEADLINE

 

Tips menguruskan masa

  • Tahu deadline anda supaya anda tidak rasa “terkejar-kejar” dalam melakukan sesuatu tugasan. Seperti yang saya katakan tadi siapkan tugasan diawal waktu dan tiada tekanan masa yang perlu anda kejar.

 

#5 BELAJAR UNTUK KATA “YA” DALAM SETIAP TUGASAN YANG DIBERIKAN

 

Tips menguruskan masa

  • Buntu, tidak tahu ,sukar serta tidak ada idea antara faktor mengapa anda suka berlengah dalam melakukan tugasan yang diberikan. Fokus anda akan hilang jika anda tidak tahu bagaimana hendak anda lakukan dalam satu tugasan tersebut. Jadi bertanya pendapat pekerja lain atau bertanya pada orang yang lebih arif boleh menambah kefahaman anda belajar benda baru serta memberikan pengalaman yang boleh memberikan semangat untuk anda melakukan tugasan yang diberikan.

 

Sekian.

INI YANG AKAN BERLAKU APABILA ANDA MELENGAHKAN KERJA YANG DITETAPKAN!

3 TOKOH USAHAWAN MALAYSIA YANG PERLU DICONTOHI

Leave a Response

%d bloggers like this: