close
FAKTA MENGENAI PERUNCITAN KECIL-KECILAN DAN PERUNCITAN BESAR-BESARAN (BAHAGIAN 2)

FAKTA MENGENAI PERUNCITAN KECIL-KECILAN DAN PERUNCITAN BESAR-BESARAN (BAHAGIAN 2)

Disember 27, 2017109Views
PERUNCITAN BESAR-BESARAN

 

Perniagaan runcit besar-besaran terletak di kawasan bandar dijalankan dalam skala yang besar, berbentuk syarikat berhad dan memerlukan modal besar untuk beroperasi. Pengurusan akan menjadi lebih rumit, saiz organisasi akan menjadi lebih besar. Peruncitan besar – besaran bukan mudah untuk diurus kerana memerlukan kakitangan yang profesional dan mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang ini. berikut adalah jenis-jenis peruncitan besar-besaran :

 

Gedung aneka jabatan

Tahukah anda, pusat beli belah seperti SOGO, Harvey Norman dan Parkson dikategorikan sebagai gedung aneka jabatan atau di ‘Department store’ . Gedung  aneka jabatan adalah sebuah perniagaan runcit berskala besar yang beroperasi dalam sebuah bangunan besar yang bertingkat dan terletak di lokasi yang strategik di bandar besar.

 

Pasar raya

Pasar raya terletak di tengah bandar yang mempunyai lokasi sibuk dan strategik. Pelbagai kemudahan disediakan untuk menjamin keselesaan pelanggan seperti penghawa dingin, eskalator, lorong bayaran ekspress, alat penyemak harga, parking dan sebagainya. Contoh pasar raya seperti Tesco, Giant, Mydin dan NSK.

 

Kedai sejaras

Kedai sejaras adalah sejenis perniagaan yang mempunyai sepuluh atau lebih cawangan. Seragam dari segi nama, logo, reka bentuk, harga dan jenis barang dikawal dan ditadbir oleh ibu pejabat. Contoh seperti kedai Nike, Adidas, H&M dan sebagainya.

 

Koperasi runcit

Organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan pengguna – tujuan utama untuk membantu anggota memperoleh barang keperluan pada harga yang berpatutan tanpa melalui orang tengah. Contohnya, koperasi peladang.

FAKTA MENGENAI PERUNCITAN KECIL-KECILAN DAN PERUNCITAN BESAR-BESARAN (BAHAGIAN 1)

penting

PENTING KE PENGALAMAN DAN KEMAHIRAN DALAM PERNIAGAAN?

Leave a Response

%d bloggers like this: