close
FAKTA MENGENAI PERUNCITAN KECIL-KECILAN DAN PERUNCITAN BESAR-BESARAN (BAHAGIAN 1)

FAKTA MENGENAI PERUNCITAN KECIL-KECILAN DAN PERUNCITAN BESAR-BESARAN (BAHAGIAN 1)

Disember 26, 2017127Views1Comment
Ramai lagi yang masih keliru perbezaan antara peruncitan kecil-kecilan dan peruncitan besar-besaran. Jadi disini Tuan Zaini Kosnin ingin jelaskan perbezaannya. Jom!

 

PERUNCITAN KECIL-KECILAN

Peruncitan kecil-kecilan adalah milikan tunggal malah menjadi pilihan untuk para peniaga berniaga atas beberapa faktor tetapi ramai yang tidak tahu peruncitan kecil-kecilan sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu peruncit tanpa kedai dan peruncit berkedai.

 

Peruncit tanpa kedai

Peruncitan tanpa kedai bermaksud perniagaan yang tidak tetap di satu tempat atau tiada premis tetap dan boleh bergerak ke mana sahaja. Peniaga masih perlu mendapatkan lesen daripada pihak yang berwajib walaupun melangsungkan perniagaan secara ‘bergerak’. Peniaga gerai dan penjaja tergolong dalam peruncit tanpa kedai.

 

Peruncit Berkedai

Peruncit berkedai beroperasi di premis tetap tidak kira sama ada di kawasan bandar besar atau di kawasan terpencil.  Peniaga wajib berdaftar sebelum memulakan sesuatu perniagaan dan lesen mesti ada untuk memastikan perniagaan berjalan dengan sah.

 Walaupun ramai yang menganggap peruncitan kecil-kecilan tidak  mendapat keuntungan yang besar. Berkat kesabaran, pengalaman, kejujuran, perancangan yang tinggi tidak mustahil perniagaan itu dapat dikembangkan lagi. Mengapa ramai yang memilih untuk berniaga secara kecil-kecilan?

 

#1 Modal yang kecil

Modal untuk memulakan peruncitan kecil-kecilan tidak terlalu tinggi. Modal yang diterima banyak diperoleh daripada simpanan atau pinjaman daripada bank, keluarga dan sanak saudara.

 

#2 Mudah ditubuhkan

Tidak banyak peraturan yang perlu ditempuh untuk memulakan perniagaan tetapi masih ‘diwajibkan’ untuk memiliki lesen serta perlu berdaftar dulu sebelum memulakan perniagaan.

 

#3 Pemilikan

Dimiliki oleh seorang atau perkongsian. Urusan perniagaan dikawal dan ditanggung oleh pemilik itu sendiri. Antara faedahnya ialah pemilik mendapat kesemua keuntungan serta bayaran cukai pendapatan yang agak rendah.

 

#4 Senang diurus

Saiz kedai atau gerai yang kecil memudahkan pergerakan peniaga untuk menguruskan perrniagaan seperti menambah stok, mengira stok atau beramah mesra dengan pelanggan.

 

#5 Kos overhed

Kos overhed yang rendah  kerana cukai perniagaan yang tinggi dikecualikan bagi peruncit kecil-kecilan dan tidak perlu membayar iklan yang mahal. Hanya perlu memfokuskan pada barang-barang stok sedia ada atau sewa kedai bagi yang menyewa kedai.

 

#6 Lokasi perniagaan dan layanan peribadi

lokasi perniagaan berdekatan dengan kawasan tempat tinggal agar mudah untuk pelanggan mengunjungi malah zaman kini wujud kemudahan ‘cod’(cash on delivery) iaitu membayar secara tunai didepan pintu rumah pelanggan jika pelanggan memesan barang keperluan harian.

PERNIAGAAN SDN BHD VS ENTERPRISE

FAKTA MENGENAI PERUNCITAN KECIL-KECILAN DAN PERUNCITAN BESAR-BESARAN (BAHAGIAN 2)

Leave a Response

%d bloggers like this: