close
5 RISIKO DALAM PERNIAGAAN

5 RISIKO DALAM PERNIAGAAN

Disember 19, 2017604Views
#1 Tidak Bijak Menguruskan Wang Perniagaan

Melakukan perancangan awal sebelum membeli barang untuk membezakan barang perlu dan tidak perlu dibeli agar tidak lari daripada bajet yang telah ditetapkan. Pengurusan wang yang tidak bijak hanya akan menambah risiko perniagaan untuk bankrap.

#2 Kebakaran, Kecurian Dan Bencana Alam

Kadang anda tidak jangka kejadian-kejadian seperti ini akan berlaku. Kerosakan harta benda dan stok jualan memberikan impak yang besar kepada usahawan dari segi kerugian Jadi, simpanan yang lebih perlu agar mudah digunakan jika berlaku kejadian-kejadian “kecemasan”.

 

#3 Risiko Masa Dan Kesihatan

Masa adalah perkara yang paling penting untuk dijaga dan kerana mengejar masa juga memberi kesan kepada kesihatan. Usahawan adalah orang yang akan bekerja setiap hari tanpa mengenal waktu untuk menjadikan perniagaan yang dijalankan berjaya. Seorang usahawan itu akan kurang tidur, hilang masa peribadi dan mungkin juga mengalami tekanan yang lebih berat daripada biasa.

 

#4 Risiko kepercayaan

Apabila anda baru pertama kali menjalankan perniagaan, anda tidak mempunyai team yang lengkap untuk bekerja bersama anda. Oleh itu, daripada team yang kecil ini, kita harus memberi kepercayaan yang besar kepada mereka, terutama jika mereka mempunyai kepakaran yang khusus yang sukar untuk didapati dan bersedia untuk bekerja dengan anda.

USAHAWAN PERLU MENAIK TARAF PERNIAGAAN KEPADA SDN BHD. KENAPA?

PERNIAGAAN SDN BHD VS ENTERPRISE

Leave a Response

%d bloggers like this: