close
Modal Rendah Tapi Pulangan Bersih RM 10,000 Sebulan
modal rendah

Modal Rendah Tapi Pulangan Bersih RM 10,000 Sebulan

November 9, 2017206Views
Perniagaan seperti di bawah ini sesuai untuk mereka yang masih menanam anggur, dibuang kerja, suri rumah sepenuh masa, lepasan SPM atau sebagainya. Berikut adalah perniagaan yang menggunakan modal yang rendah tetapi membawa pulangan bersih yang sangat tinggi. boleh menjangkau RM 10,000 sebulan.

 

#1 Potong RumputPotong Rumput

Gunakan 2 orang pekerja dengan gaji RM 130/ hari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM 60. Kerja ini hanya perlu menggunakan 2 jam untuk sebuah laman. Sehari dapat 5 buah rumah untuk seorang pekerja, anda akan mendapat sehari RM 340 x 30 hari = RM 10 200

 

#2 Jual Air

Jual air RM 1/ cawan depan sekolah semasa pelajar pulang boleh membawa keuntungan sekitar 80%. Bayangkan kalau sekolah pelajar pulang 2 hari sekali dari pukul 1 hingga 2 petang dan pukul 5 hingga 6 petang, tak mustahil dapat jual 300 cawan untuk satu sesi. Paling kurang sehari RM 480 x 21 hari persekolahan sebulan = RM 10 080

 

#3 Berniaga Buah Potong

Tahukah anda, meniaga buah potong menggunakan motosikal senang bergerak malah lebih mudah mencari port orang ramai yang boleh membawa keuntungan. Andai anda menjual RM 1/plastik. Anda kena sasarkan 600 plastik sehari dan sasarkan di lokasi hotspot. Hotspot yang dimaksudkan depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau industri. Sekurangnya anda akan dapat RM 350/ hari x 30 hari = RM 10 500

 

#4 Jual Nasi

Cari kawasan penduduk ramai yang sedang bekerja yang tidak sempat menyiapkan makanan. Menjual nasi dengan kadar RM 4 dengan menyediakan khidmat penghantaran. Rajinlah buat iklan memalui laman social, mustahil tidak dapat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan. Sehari dalam tangan boleh mendapat RM 360 x 30 hari = RM 10 800

 

#5 Meniaga Pasar Malam

Keuntungan anda boleh dapat sebannyak 80% dengan meniaga apam. 4x seminggu dengan jualan 400 keping setiap malam yang berharga RM 2/ sekeping nilai nya akan meningkat. Nilai Jualan RM 800 x 4 seminggu x 4 minggu sebulan = jualan kasar RM 12 800 tolak modal RM 2560 = RM 10 240

berjaya

Ciri-ciri Usahawan Yang Berjaya (Bahagian 2)

Cara-cara Nak Menjadi Pengurus HR yang Baik

Leave a Response

%d bloggers like this: