close
Apakah Tugas Pengurus Sumber Manusia Dalam Sesebuah Organisasi?
Sumber Manusia

Apakah Tugas Pengurus Sumber Manusia Dalam Sesebuah Organisasi?

Oktober 19, 20175647Views2Comments
Tahukah anda? Pengurusan merupakan satu proses yang penting dalan mencapai objektif sesebuah organisasi. Oleh itu, Pengurusan Sumber Manusia memegang satu tanggungjawab besar dalam menguruskan pekerja dengan baik.

Tanggungjawab Sumber Manusia adalah mengambil berat hal pekerja serta persekitaran. Malah, Sumber Manusia juga kena mengambil tahu potensi agar pekerja dapat mengasah bakat dan kebolehan mereka di platform terbaik untuk kemajuan diri sendiri dan sesebuah organisasi.

Satu jabatan khas perlu diwujudkan dalam sesebuah organisasi sebagai Bahagian Sumber Manusia (HR Department). Setiap jabatan perlu ada satu ketua untuk menguruskan unit dengan lebih teratur. Ia dikenali sebagai Pengurus Sumber Manusia. Pengurus Sumber Manusia akan mengawal dan memantau pergerakan atau aktiviti dalam syarikat/ organisasi.

Disini, Tuan Zaini Kosnin akan berkongsi peranan-peranan utama Pengurus Sumber Manusia yang usahawan atau pengusaha perlu tahu demi kepentingan sesebuah organisasi:

  1. Mengrekrut, memilih, latihan dan mengadakan orientasi pekerja. Malahan, pengurus sumber manusia juga bertanggungjawab menyimpan rekod dan hal peribadi pekerja. Kepentingan ini membantu jabatan sumber manusia lebih terurus dan berkesan.
  2. Pengurus Sumber Manusia juga bertanggungjawab menyediakan khidmat nasihat terhadap masalah-masalah disiplin, ganjaran, motivasi, menrekrutan dan lain-lain. Malahan, jika pihak pengurusan atasan mempunyai masalah, pengurus juga akan menjadi penasihat dan pembantu. Pengurus sumber manusia merupakan perunding pentig untuk menangani isu yang melibatkan perundingan antara pihak pengurusan dengan kesatuan pekerja.
  3. Memastikan aktiviti berhubung dengan sumber manusia dalam organisasi agar mendapat satu keseragaman. Pengurus Sumber Manusia juga perlu memastikan semua pengurus jabatan lain mematuhi peraturan yang disediakan oleh organisasi dalam proses pengambilan pekerja, pemberian pampasan, latihan, kenaikan pangakat dan lain-lain.
baik

Bagaimana Usahawan Mampu Membina Perniagaan Yang Baik?

Steve Jobs

Apakah Prinsip Kejayaan Steve Jobs?

Leave a Response

%d bloggers like this: